Pinky Design Pointer

bestnye senyum

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera to alls blogger,cehh, macam nak speech kat perhimpunan sekolah lah pulak huhuhu. Haa, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 2 kan !

Okeylah, sebelum saya merepek ke laut haha, saya nak story sikit tentang



Haaa,apa itu senyum ? senyum untuk apa? Apa keistimewaan senyum? Perlu ke senyum? Nak tahu semua jawapan untuk soalan tadi? Jom kita scroll ke bawah lagi !

Pertama, senyum adalah jambatan persahabat, senyum juga adalah pelaburan yang pasti tidak akan merugikan !

Kedua, apabila berhadapan dengan masaalah ,senyumlah ! kerana pujangga menyebutkan 'senyuman itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya'

Ketiga, senyum itu adalah jalan yang pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang 'senyum yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah sedekah'

Keempat, senyum adalah bahasa dunia kerana ia menunjukkan keceriaan , senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna .

Kelima, setiap kali senyum kita hanya gerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Bayangkanlah !

Keenam, senyum adalah jangkitan, bila kita senyum, orang akan senyum semula, kerana orang akan orang tersebut akan merasa dihargai bila kita senyum !

Ketujuh, senyum harus ada ketulenan. Senyum yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening berkerut.

Kelapan, kenapa kita tidak memulakan, mulakan dengan diri kita. Senyumlah kepada orang yang tidak dikenali. insyaAllah. Dia akan senyum kembali.

Kesembilan, 'apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan senyum daripada memotong dengan pedang' kata William Shakesepeare .

Terakhir, dengan senyum bersinarlah cahaya keriangan tiada urusan yang berat didunia ini. Berdoa dan tawakal kepada allah. Senyum selalu . anda pasti bahagia. insyaAllah.

Nampakkan keistimewaan dan kelebihan senyum ini, amat barmakna dan berharga senyuman itu. Kalau anda jumpa kawan ke? Musuh ke? EXboy atau EXgirl ke? Senyum je. Sebab senyum itu terlalu banyak keistimewaannya. Elakkan diri daripada marah ye! Sebab pemarah itu kawan nates ! hehe

Salam senyum mesra untuk anda, wasalam
dan terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments:

Post a Comment